Kategori Kuih ..
![]() |
| ... KUIH LOPEZ ... |
Selamat pagi teman-teman,
Sarapan ap ea pagi ni?
Harini sy brsarapan dgn hidangan lontong..
Alhamdulillah...
Tetapi,
Bukan resepi lontong yg akan sya kongsikan,
Lain kali ea..
Hehehe...
Bercerita tentang kuih lopez ni...
Teringat msa makan lopez ni kat Batam, Indonesia..
Semasa menemankan ayah dan ibu mertua bercuti disana,
Tak sangka plk kt terminal feri disana,
Ada cafe yg byk menjual makanan malaysia,
Salah satu darinya lopez nilah..
Sebelum membuat lopez ni sendiri...
Kali terakhir beli semasa di bazar Ramadhan Air Hitam,
Sabar je meninggu masa berbuka puasa,
Tapi apakan daya..
Tak dapat menikmatinya sebab sudahpun basi...
Maka itu....
Hehehe..
Sy cuba buat sendiri kali pertama,
Alhamdulillah...
Menjadi,
Hubby pn puji..Kembang kempis rasanya,
Buat kali pertama,
Langsai dihabeskan anak buah hubby ditempat kerja..
Buatlah lg adunan kedua untuk mak mertua juga hidangan sendiri..
Banyak sebenarnya Resepi lopez ni..
Ada versi kukus dan versi masak dlm rice cooker,
Sy cari yg paling mudah, simple dan cepat serta sedap,
Sy ambil dari blogger masakan,
Saujana Syarasin.
Thanks cik ina,
Maaf sy olah bentuk sebenar lopez,
Dan juga cara penyediaannya,
Biasanya 3 segi,
Tetapi sy tukarkan kepada bulat n bite size,
Mudah begitu..
Hehehehe...
Ok..ini resepinya ea...
Bahan-bahannya:-
2 cwn Beras pulut
2 cwn Santan cair
1/2 cwn Air pandan
1 camt Air kapur
1/2 camt Garam
Beberapa titik Pewarna Hijau
3 ketul Gula melaka
5 camb Gula
3 cwn Air
Kelapa parut putih (Gaulkan bersama sedikit garam dan gula)
Cara penyediaan lopez:-
- Cuci beras pulut, rendam dgn air selama 3-4 jam. Masukkan beberapa titik pewarna hijau dan air kapur.
- Kisar daun pandan bersama 1/2 cwn air dan tapiskan airnya. Ketepika.
- Setelah pulut direndam selama 3/4 jam, Tapiskan dan toskan airnya.
- Masukkan kedalam rice cooker. Tuangkan santan, air pandan dan beberapa titik pewarna hijau untuk mrndapatkan warna yang cantik. Masak selam lebih kurang 30 minit @ pulut tanak.
- Setelah pulut masak. Ketepikan dan sejukkan sebentar. Sediakan sekeping plastik. Letakkan sesudu besar pulut tadi ke dalam plastik Tekan dan padatkan, bentukkan bulat tetapi sedikit leper..
- Golekkan di atas kelapa parut yg telah dicampurkan sedikit garam dan gula.
Cara penyediaan air gula:-
- Masukkan semua bahan kedalam periuk, bila mendidih, kecilkan api dan masak sehingga sedikit likat. Matikan api, sejukkan air gula. (Sediakn air gula sementara menunggu pulut tanak)
Selamat mencuba resepi ini..


No comments:
Post a Comment