EBOOK TELAJAK LARIS TAHUN 2015 DAPATKAN SEGERA!!!

Friday, 26 September 2014

39) Eyna Aryna Indahnya Hidup Ini.. Dunia Masakan.. Dessert.. Blueberry / Strawberry Cheese Tart..

Dunia Masakan
Kategori  Dessert..


.. BLUEBERRY / STRAWBERRY CHEESE TART ..


Assalamualaikum..
Selamat pagi teman alam maya..
Sekejap je dh nak raya haji kn..
2 minggu lagi..
Tahun pertama menyambut raya aidil adha sebagai isteri..
Tentunya ad byk kelaina  kali ni..
Biasanya beraya di rumah mak di kota tinggi..
Petang baru balik kg yong Peng..
Skrg dh menetap di sini.. Nmpaknya mak pula yang beraya disini..
He3..

Erm....Berbalik pada entry kali ni..
Sya nk kongsikan resepi Strawberry / blueberry cheese tart..
Sy ambil dari blogger kreatif lagi berseni..
Azlita Masam Manis..

Dulu-dulu..Ad nmpak cheese tart ni kt kedai kek..
Tetapi.. tak pernah terinigin mencuba..
Sehinggalah satu hari..Bos belikan di kedai kek SDS Kota tinggi..
Sedap rupanya..
Start haritulah sy menjadi peminat tegar cheese tart..
Biasa lek rumah mak beli 10 biji..stiap sebiji rm 2.50 ..
Abah pn suka mkn cheese tart ni..

Sekarang sy dh leh wt sndiri..
Insyaallah..Satu hari nanti buatkan untuk abah plk..
Thanks kak eita di atas resepinya..

Bahan-bahan tart shell:-
170          gram          Mentega
50            gram          Gula aising
1              biji             Telur gred C
290          gram          Tepung gandum
1              camt          Esen vanilla
1              camb         Susu tepung
Acuan tart

Bahan-bahan filling Cheese:-
250          gram          Cream Cheese
50            gram          Gula kastor
1              biji             Telur gred B
1/2           camt           Esen vanilla

Bahan filling:-
Jem blueberry/strawberry (masukkan dlm piping beg)

Cara-cara membuat tart shell:-
  1. Pukul mentega dan gula dengan senduk kayu.  Masukkan telur dan esen vanilla.  Putarkan lagi.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan susu tepung.  Uli sehingga menjadi doh lembut.  (kak eita simpan adunan dlm peti ais semalaman)
  3. Ambil sedikit adunan, bulatkan .  Tekan kan dlm acuan tart, cucukkan dgn garpu di permukaan tengahnya.
  4. Bakr tart shell sehingga masak mengikut kesesuaian ketuhar anda.
  5. Sejukkan shell sebelum meletakkan filling.
Cara-cara membuat filling cream cheese
  1. Keluarkan cream cheese 20-30 minit sebelum digunakan.
  2. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.  Masukkan telur dan esen vanilla. Putar sehingga sebati.
  3. Masukkan ke dlm piping bag.

Cara menyediakan cheese tart:-
  1. Picitkan filling jem strawberry @ blueberry ke dlm tart shell.  Piccitkan pula Filling cream cheese sehingga penuh membuncit supaya ia lebih cantik.
  2. Lorekkan corak diatasnya. 
  3. Bakar selama 5 minit.  Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat ertinaya sudah masak.Jika tidak bakr seminit lagi.
Cara melorek:-
  1. Ambil sedikit cream cheese tadi, Titikkan sedikit pewarna yg kita suka.  Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna.
  2. Lorekkan warna semasa cream cheese masih lembut.. Jangan biarkan cream cheese terlalu lama kerana jika sudah mengering proses melorek menjadi tidak cantik seperti yg diinginkan.
*** NOTA ***
Untuk resepi ini, tart sheel dapat dibuat dlm 40 biji. Hanya separuh adunan sahaja dari cream cheese mencukupi utk filling cheese tart ni..
Jika 1 adunan cream cheese dlm resepi ini..anda boleh buat 2 adunan tart shell.

Selamat mencuba...





No comments:

Post a Comment