Kategori kuih..
![]() |
| ... KUIH KOLEH-KOLEH KACANG ... |
Assalammualaikum..
Hye teman-teman..
Petang cmni,
Lau ad gruop berbual seronok ea..
Sejak duduk y.peng dh x dr dah zaman tu..
Al-maklumlah..
Berpindah rumah baru,
Situasi semua baru..
Terasa pulak nak makan kuih koleh kacang ,
Teringat pulak haritu,
Buat kuih ni lebih sikit,
Bawak pula ke tempat hubby kerja..
Fuhhhh..
Laju je..
Licin dh tupperware tu..
He3..
Alhamdulillah..
Hubby cakp ok..
Sesedap rasa semuanya,
Tak terlalu manis, lembut, tak terlalu berminyak.
Jadi, Petang ni..
Sya nk kongsikan bersama resepinya,
Sukatan cawan je..
Sy ambil dari blog,
Azie Kitchen,
Thanks pada azie ea..
Bahan-bahan A :-
1 cwn Gula melaka
2 camb Gula pasir
1 cwn Air
1 helai Daun pandan (simpulkan)
Bahan-bahan B :-
1 cwn Tepung kacang hijau (cap kijang)
1 camt Garam
2 cwn Santan
Bahan-bahan C :-
1 cwn Santan pekat
Secubit Garam
Cara penyediaanya:-
- Masukkan bahan C (santan dan garam) kedalam kuali. Masak dengan api yang perlahan hingga menjadi tahi minyak dan berwarna kekuningan.
- Tapiskan tahi minyak supaya tidak hitam. Taburkan diatas kertas untuk mengetoskan minyaknya. Gunakan bki minyak 2 camb dlm kuali. Ketepikan.
- Masak semua bahan A dlm periuk kecil hingga gula hancur. Tapiskan, ketepikan dan biarkan sejuk. Air gula jangan sampai pekat.
- Satukan semua bahn B hingga sebati. Tapiskan. Masukkan dlm kuali berisi baki minyak tadi.
- Masukkan bahan A ke dalam bancuhan bahan B. Kacau rata diatas api sederhana besar sehingga pekat dan tidak melekat pada kuali.
- Setelah masak, tuangkan dlm acuan @ loyang yg telah dialas dengan plastik yg telah disapukan sedikit minyak.. ini untuk memudahkan proses memotong kuih.
- Taburkan tahi minyak diatsnya semasa masih panas supaya ia mudah melekat pada kuih.Sejukkan sebelum dipotong.
Semoga berjaya..
Insyallah..




No comments:
Post a Comment