Kategori Kek...
CHEESEKUT
Assalamualaikum temanku..
Selamat pagi...
Sudah jam 6.30 pagi..
Menyempatkan untuk update entry yerbaru arini..
Resepi Cheesekut @ gabungan Cheesecake bersama biskut..
Cheesekut ni..merupakan kegemaran sepupu saya Muharin Johari..
Selain order untuk familynya,
Beliau juga memuat tempaham untuk dirinya untuk dibawa ke Kem Askar Gemas,
Suka betul dea Cheesekut yg menepati citarasanya..
Alhamdulillah..
Thanks Erin..
Kali ini..
Saya akan kongsikan Resepi cheesekut ini,
Yang saya ambil dari blogger comel lagi sempoi..
CIK EPAL..
Thanks cik epal..
Mabeles cheesekut ni..He3..
Bahan-Bahannya:-
250 gram Cream Cheese
1/2 tin Susu pekat manis
Secukupnya Nestum seisi keluarga
Secukupnya Biskur Deluxe Crackers Hup Seng
Secukupnya Susu segar (untuk mencelup)
Cara-caranya:-
- Potongkan dadu cream cheese, Masukkan ke dlm mesin pemukul. Pukulkan cream cheese sehingga hancur. Pastikan jangan bergentel.
- Masukkan Susu pekat. Pukul hingga sebati. Ketepikan sebentar.
- Tuangkan sedikit susu segar kedalam bekas kecil. Ambil biskut sebanyak 3 keping, Celupkan ke dalam susu segar tadi dibahagian depan dan belakang permukaan biskut.. Jangan terlalu lama kerana jika tidak biskut menjadi terlalu lembik.
- Ambil loyang 2 aluminium foil dan Susunkan biskut tadi kedalamnya. Pepandai adjust lah ea untuk elakkan kekosongan dlm loyang tadi..
- Ambil sedikit adunan cream cheese tadi, Sapukan dan ratakan ke atas permukaan biskut tadi.
- Kemudian taburkan nestum keatasnya dengan sekata.
- Ulangkan poses mencelup, menyusun, menyapu menabur dan mlapis tadi sehingga biskut habis.
- Untuk lapisan cream cheese terakhir, Lapiskan sedikit tebal dari sapuan lapisan sebelumnya tadi.
- Untuk hiasan terakhir, taburkan Nestum dan untuk citarasa saya, tambahkan taburan manik warna, chocolate rice dan kacang kisar untuk membuatkan ianya lebih menarik dan wangi.
- Setelah siap, sejukkan di dalam peti ais sekurangnya 2 jam. Ini adalah unutk memudahkan proses pemotongan.
- Tetapi..Tengoklah pic diatas sepupu saya lebih gemar menikmatinya dengan stylenya keruk dan ngap..tak perlu potong katanya...he3..
Mudah dan murah unutk membuatnya.. Mabeles Cheesenya..
Selamat mencuba..



No comments:
Post a Comment