Kategori Kek...
BROWNIES LAPIS CREAM CHEESE
![]() |
| Cenderahati buat kak Eita Parit Sulong, Batu pahat untukmajlis makan malam dirumahnya. |
Assalamualaikum..
Slm sejahtera..
Minum n makan apa ae sedap petang yg redup ni..
Kali ini saya kongsikan resepi yg menjadi kegemaran saya ketika bekerja di singapura..
Brownies Lapis Cream Cheese..
Tak pernah jemu menikmatinya..
Rasa coklat..kekacang..lemak cheese bersama brownies yg moist didlam dan crunchy di permukaannya..
Ad yg membakar dan ada juga yg mengukusnya..
Jika bakr jd brownies..
Jika kukus jadi kek lapis..
Itulah kesimpulan yg sya buat sendiri..
Tak taolah betul ke tidak..
He3...
Resepi ini saya kongsikan dari blog masakan Pasti Cuba..
Thanks cik blogger..
Bahan-bahan Brownies:-
200 gram Mentega
200 gram Dark chocolate compound
170 gram Tepung gandum
30 gram Serbuk koko
170 gram Gula castor
4 biji Telur A
Baha-bahan lapisan cheese:-
250 gram Cream cheese
60 gram Gula castor
25 ml Air
1 biji Telur gred A
Cara-caranya:-
- Cairkan chocolate dan mentega dgn kaedah double boil. Ketepikan.
- Pukul telur dan gla sehingga kembang.
- Satukan tepung gandum dan serbuk koko.
- Masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan gula tadi. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
- Akhir sekali..masukkan coklat yg telah dicairkan tadi ke dalam adunan tepung. Kacau sebati.
- Lenserkan loyang dgn mentega dan alaskan dengan kertas minyak.
- Tuangkan separuh adunan ke dalam loyang. Bakarkan sehingga 15 minit.
- Sementar menunggu brownies masak..sediakan cream cheese
- Pukulkan cream cheese dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan pukul..Masukkan air. Kacau sehingga sebati.
- Tuangkan adunan cheese keatas brownies tadi..Masakkan selama 20 minit.
- Setelah lapisan cheese masak..Tuangkan baki aduna chocolate tadi. Taburkan kekacang di permukaannya.
- Bakar lagi sehingga 20 minit atau brownies masak.
- Semasa menhidang..Parutka sedikit cheedar cheese utk mndapatkan lebih lagi rasa lemak brownies ini..



No comments:
Post a Comment