Dunia Masakan...
Kategori Kek..
.. KEK GULA HANGUS @ SARANG SEMUT ..
Assalamualaikum temanku...
Srpn ap pagi ni..
Sy hidangkan donat ball sambal harini..
Request dari hubby..
Insyaallah..
Akan datang saya akan kongsikan resepinya ea...
Bercerita ttg entry sya kali ni..
Kek Gula hangus @ kek sarang semut..
Kek ni menjadi kemestian pada tiap kali kenduri dan hari raya..
Biasanya mak tempah ..
Tapi alhamdulillah..
Kali pertama saya mencuba menjadi pula..
Hubby pn suka..
Resepi ini sya kongsikan hasil dari gabunagn 2 blogger ..
Cik Mat Gebu..
Thanks bbyk diatas perkongsian resepinya..
Kek ni moist, wangi sebab menggunakan gula perang..
Warnanya perang keemasan..
Bahan-bahan A:-
250 gram Gula Perang
225 ml Air
75 gram Mentega
Bahan-bahan B:-
4 biji Telur gred A
125 gram Tepung gandum
1 camt Soda bikarbonat
1 camt Baking powder
75 gram Susu pekat manis
1 camt Esen vanilla
Cara membuatnya:-
- Masukkan gula pasir ke dlm periuk. Masak dengan api perlahan sehingga gula perang mencair, Kacau sehingga menjadi karamel, Jgn smpi hitam kerana ia akan menjadi pahit.
- Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga habis. Kacau rata.
- Masukkan mentega, Kacau sehingga cair. Sejukkkan.
- Di dlm mangkuk lain, Putarkan telur sehingga kembang dan gebu. Masukkan susu, Putar rata.
- Perlahankan mixer, Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Masukkan gula karamel tadi. Putarkan sehingga sebati...
- Rehatkan selama 3 jam.
- Panaskan oven, lenserkan loyang pembakar.
- Kacau rata adunan kek tadi.. Tapiskan. Tuangkan kedalam loyang. Bakar sehingga kek masak.
- Sejukkn sebentar dan keluarkan kek. Potong dan hidangkan.


No comments:
Post a Comment