EBOOK TELAJAK LARIS TAHUN 2015 DAPATKAN SEGERA!!!

Sunday, 21 September 2014

17) Eyna Aryna Indahnya Hidup Ini..Dunia Masakan..Kek.. Kek Chocolate Moist Cheese Leleh..

Dunia Masakan...
Kategori Kek..

KEK CHOCOLATE MOIST CHEESE LELEH


Assalamualaikum teman-teman..
Maaf lma tak mngentry..
Wifi kt umah problem plk..

Alhamdulillah..
Insyallah semuanya sudah selesai kini..
Jadi..
Bolehlah sy mengepos resepi mlm ni..

Kek Chocolate moist cheese meleleh..
Tengah hot kek ni skrg..
Resepi asal sy ambil dari blogger terkenal nih..
Hanamemories..
Kek ni merupakan kek febret family sya..
Sy dh buat dlm versi kukus dan bakar..
Tetapi family lbih suka yg bakar..
Sebab lbih sdp cream cheese topping tu..
Lau kukus lbih sdp dgn chocolate ganache..

Bahan-bahan kek:-
5          biji          Telur gred A
2          cawan     Tepung kek
1          cawan     Serbuk koko
2          cawan     Gula castor
1 1/4    cawan     Susu pekat
2 1/2    cawan     Susu Segar
1 1/2    cawan     Minyak Jagung
1 1/2    camt       Baking powder
1          camt       Soda bikarbonat
1          camt       Esen vanilla
1/2       camt       Garam

Bahan-bahan Topping Cream cheese:-
500      gram       Non dairy whipping cream
250      gram       Cream Cheese
120      gram       Susu pekat manis
2          titik         Lemon paste

Cara-cara penyediaan kek:-
  1. Lenserkan loyang dgn butter.  Panaskan oven mengikut suhu ketuhar anda. Suhu biasa adalah 170 celcius.
  2.  Ayakkan tepung, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.
  3. Pukul telur dan gula castor hingga kembang.  Masukkan esen vanilla.  Putar hingga sebati.
  4. Masukkan susu segar. Masukkan bahan ayak tadi. Sebatikan . Akhir sekali masukkan minyak.
  5. Tuangkan adunan tadi kedalam loyang.  Bakar sehingga masak
  6. Selepas kek masak, Keluarkan dan sejukkan sebentar.  Potong kek kepada 3 lapisan. 
  7. Sementara kek sejuk, Sediakn cream cheese topping.

Cara-cara penyediaan cream cheese:-
  1. Potongkan dadu cream cheese. Ketepikan.
  2. Putar whipping cream sehingga sedikt kental. Masukka bersama cream cheese, diikuti degan susu dan lemon paste sehingga sebati dan tidak berketul.

Cara-cara melapis kek:-
  1. Letakkan lapisan pertama kek di atas tapak kek. Letakkan dan ratakan adunan cream cheese tadi diatas permukaan kek. 
  2. Letakkan lapisan kedua diatas lapisan crem cheese tadi. Ulangi proses pertama tadi. Begitu juga dengan lapisan ketiga.
  3. Sapukan lebihan pada permukaan tepi kek juga.
  4. Untuk hiasan pula..Terpulang kepada citarasa masing-masing.  Saya menggunakan kacang kisar, manik warna dan serbuk biskut oreo.
  5. Sejukkan didalam peti ais lebih kurang setengah jam sebelum dipotong dan dihidangkan.
Selamat Mencuba..


No comments:

Post a Comment