2 cwn Tepung gandum
3/4 cwn Susu segar (182-192 ml)
4 camt Mentega
1 camt Garam
1 1/2 camb Susu tepung
2 camt Yeast segera / mauripan
1 camb Gula
2 camb Susu Segar ( sapuan )
1 camt Mentega ( sapuan )
Secukupnya Sri kaya ( Inti )
Cara-caranya:-
- Panaskan dan suamkan susu segar. Tambahkan gula dan yeast. Kacaukan sebati dan biarkan 10 minit atau sehingga berbuih. Diatas meja pengadun, Letakkan tepung, garam dan susu tepung. Campur dan sebatikan. Buatkan lubang ditengah campuran tadi. Tuangkan campuran yeast yg telah berbuih tadi. Sebatikan dengan menguli adunan tadi. Adunan sememangnya agak melekat dan melekit. Jangan ditambah tepung kerana ia akn menjadikan roti keras.
- Letakkan butter dan uli hingga sebati dan pastikan doh sememangnya lembut kerana kelembutan doh menjadikan roti lebih gebu. Gunakan plastik scrapper dan tangan. Mulakan menguli dan mencanai roti dengan menggunakan tangan seperti menggiling lada ataupun mencuci kain dizaman dahulu. (cuci kain diatas batu tepi sungai). Uli sebati sehingga lbh kurng 15 mnit.
- Bulatkan doh dan masukkan sri kaya sbg inti dan bulatkan semula. Masukkan kedalam mangkuk. Sapukan sedikit minyak atau air di permukaan doh. Tutupkan mangkuk dan perapkan supaya roti naik selama 45 minit atau 1 jam. Setelah 1 jam, Buka penutup mangkuk, taburkan sedikit tepung di permukaan doh. Tumbukkan doh untuk membuang angin yg terperangkap didlm doh tadi.
- Keluarkan doh dari mangkuk. Biarkan sebentar lbh krg 2 minit, Ulikan sebentar roti . Timbangkan dan bahagikan roti mengikut kehendak anda. Boleh juga gunakan cara, bulatkan roti dan potong serta bahagikan potongan roti.
- Lenserkan tin pembakar dengan menggunakn minyak atau mentega. Susun secara berdekatan setiap biji doh. Gunakan tin bersaiz 8 inci berbentuk 4 segi. Tutupkan tin pembakar dengan tuala suam lembab dan biarkan selama 45 minit.
- Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius 10 minit sebelum membuka adunan yg ditutupi tuala suam tadi., Setelah 45 minit, buka tuala dan sapukan permukaan doh dengan susu segar.
- Bakarkan roti selama lebih kurang 15 minit atau sehingga roti masak. Keluarkan tin pembakar. Sapukan mentega di permukaan roti untuk membuatkan roti lebih lembut dan kilat. Biarkan roti didalam tin pembakar. Ketepikan dan sejukkan roti semalaman didalam oven.
- Sisipkan bahagian tepi roti dengan menggunakan pisau dan keluarkan roti. Roti ini boleh sesuai dimakan dengan apa peanut butter, jem atau sambal.


No comments:
Post a Comment