Kategori Kuih-muih..
... PENGAT TEPUNG (CANDIL) ...
Assalamualaikum...
Terima Kasih saya ucapkan kepada teman Fb..
Gang perkongsian "RESEPI RINGKAS TAPI SEDAP"..
Banyak juga tips dan resepi yang boleh dikongsikan bersama..
Kali ini..
Saya akan kongsikan resepi Pengat Tepung atau disebut org jawa Pengat Candil..
Buat Shamsiah Fikriah dan Kak Linda dari RRTS..
Sya kongsikan resepinya..
Bahan-bahan tepung candil :-
2 cwn Tepung pulut
1/2 cwn Tepung gandum
Secubit Garam
1 cwn Air (utk uli tepung-tuang sedikit demi sedikit semasa menguli doh)
Secukupnya Air (utk merebus candil)
Secukupnya Pewarna kesukaan anda
1/2 cwn Sagu biji
Bahan-bahan kuah santan:-
1 cwn Santan pekat
4 cwn Air
3/4 cwn Gula pasir
2 camb Gula melaka racik (bancuh dgn sedikit air dan tapiskan)
2 helai Daun pandan (simpul)
Cara-caranya:-
- Cuci sagu dan rendam didalam air lebih kurang stgh jam. Toskan.
- Rebuskan air didalam periuk unmtuk merebus doh candil nanti..
- Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan secubit garam kedalam mangkuk.
- Tuangkan air sedikit demi sedikit kedalam tepung. Gaulkn dan uli rata sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
- Bahagikan adunan kepada bebrapa bahagian mengikut bilanagan pewarna yang anda suka. Gaulkan tiap satu warna sehingga warna sebati.
- Apabila air didalam periuk telah mendidih..Bulatkan adunan mnjadi bebola kecil dan rebuskan di dalam air tadi. Buat sehingga habis.
- Apabila bebola timbul..angkat dan toskan.
- Didalam periuk yg lain..Masukkan santan, air dan gula pasir serta air gula melaka racik tadi.
- Masukkan kesemua Bebola candil dan biji sagu tadi dan masukkan daun pandan. Gaulkan sehingga rata.
- Jaga api dan kacau prlahan sehingga sagu biji jernih.
- Ttupkan api dan sedia untuk dihidang.
- Untuk variasikan pengat ni..anda boleh juga campurkan potongan ubi, pisang, keledek keladi, labu ke dalam pengat ini.
- Tetapi sudah bertukar mnjadi bubur Cha cha pula ..He5..



















































